Friday, April 23, 2010

~EDISI PERANG 1:PERANG UHUD~


Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke 3 hijrah/ 26 Mac 625 masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW. Pasukan musyrikin Mekah berjumlah 3 ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan dari beberapa kabilah Arab antaranya Kinanah dan Tihamah. Pasukan muslimin pada mulanya berjumlah 1 ribu orang tetapi pada saat akhir Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Dengan itu jumlah sebenar pasukan muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud 700 orang sahaja.

Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira 6 kilometer dari Masjid Nabawi. Di namakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung tersebut tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah.



Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu pasukan muslimin mengalami kekalahan dimana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan Cuma 23 orang sahaja yang terbunuh. Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau patah.

Kekalahan tentera Muslimin adalah kerana mereka melanggar arahan.

Muslimin mengejar musuh sampai mereka meletakkan senjata di mana saja asal jauh dari bekas markas mereka. Kaum Muslimin lantas mulai memperebutkan rampasan perang. Alangkah banyaknya jumlah rampasan perang itu! Hal ini membuat mereka lupa mengikuti terus jejak musuh, kerana sudah mengharapkan kekayaan duniawi.


Mereka ini ternyata dilihat oleh pasukan pemanah yang diperintahkan oleh Rasul agar jangan meninggalkan tempat di gunung itu, sekalipun mereka melihat kawan-kawannya diserang.

Dengan tak dapat menahan air liur melihat rampasan perang itu, kepada satu sama lain mereka berkata:

"Kenapa kita masih tinggal disini juga dengan tidak ada apa-apa. Tuhan telah menghancurkan musuh kita. Mereka, saudara-saudara kita itu, sudah merebut markas musuh. Kesanalah juga kita, ikut mengambil rampasan itu."


Yang seorang lagi tentu menjawab:

"Bukankah Rasulullah sudah berpesan jangan meninggalkan tempat kita ini? Sekalipun kami diserang janganlah kami dibantu."


Lalu mereka berselisih. Ketika itu juga tampil Abdullah bin Jubair berpidato agar jangan mereka itu melanggar perintah Rasul. Tetapi sebahagian besar tidak patuh. Mereka berangkat juga. Yang masih tinggal hanya beberapa orang saja, tidak sampai sepuluh orang. Seperti kesibukan Muslimin yang lain, mereka yang ikut bergegas itu pun sibuk pula dengan harta rampasan.

Peritiwa Uhud mengajar kita agar memberi wala' (kepatuhan)kepada kepimpinan.


Gunung Uhud merupakan gunung yang bersejarah bagi orang Islam kerana disinilah bersemadinya 71 orang syuhada termasuk Hamzah bin Abdul Mutalib. Menurut satu riwayat, di situ juga kubur Nabi Harun saudara kandung Nabi Musa.


Sesiapa yang pernah melawat Gunung Uhud jika diperhatikan betul-betul kedudukannya agak serong sedikit dan itu ada kaitannya dengan sejarah Perang Uhud.

Ketika para syuhada hendak dikebumikan agak jauh sedikit dari Gunung Uhud, maka Gunung Uhud bergerak untuk mengikut mengiringi jenazah tersebut tetapi baginda RAsulullah SAW melarang Gunung Uhud dari berubah tempatnya. Kerana itu Gunung Uhud sedikit condong dari kedudukan asalnya.

Setiap kali Rasulullah SAW melalui Gunung Uhud, baginda akan berkata kepada para sahabat, "Lihatlah Gunung Uhud ini, dia mencintai aku dan aku mencintai dia."

Lebih banyak di:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Uhud

0 comments:

Post a Comment