Monday, August 16, 2010

~Kematian Itu Peringatan Bagi Yang Hidup~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.



Al-Fatihah...


Takziah diucapkan diatas pemergian Allahyarham Muhammad Lutfi B Hud, pelajar FKAAS, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang telah dijemput kembali ke sisi Penciptanya 6 Ogos 2010 akibat kemalangan jalan raya.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama para solehin.Dari Allah kita datang kepadanya kita kembali..Sesungguhnya mati itu tidak mengenal usia.

Ayuh! Mari kita bergerak muhasabah diri! Mulakannya sekarang!Sempena bulan mulia ini,bulan ramadhan jadikan bulan ini sebagai institusi tarbiyah kita untuk menghadapi 11 bulan akan datang dan bersedia menghadapi kematian bila-bila jua.


Kelak, ia akan menjadi rumah kita juga.


“Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.”

(HR. Ibnu Majah dan Abiddunya)

~YANG FAKIR~

Saturday, June 19, 2010

300 remaja Melayu salah laku seksual, seks bebas

Pengaruh rakan sebaya punca utama gejala: Kajian UPM

KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan ,kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.


Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.


Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.

Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka.
“Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah ‘buat selagi tidak mengandung’. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup.

“Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata ‘enjoy dulu, nanti taubatlah’. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka.

“Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya kepada Berita Harian.
pix_gal0
Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat ‘ringan-ringan’ seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.

Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama ‘mencurah minyak ke dalam api’ yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak.

“Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini.
“Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.

“Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan ‘pemeriksaan fizikal’ yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang ‘tanda’ berkaitan.

“Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan,” katanya.

sumber:klik sini

ulasan :

Dalam mendepani isu sosial yang makin menjadi-jadi dan semakin menjadi barah masyarakat Malaysia amnya dan bangsa Melayu khususnya. Semua pihak haruslah memainkan peranan yang amat penting. Baik pihak kerajaan, swasta, institusi keluarga dan semua individu.

Bagi saya, hukuman jenayah yang sedia ada sendiri masih gagal menginsafkan segelintir masyarakat yang terlibat dalam gejala sosial dan lain-lain . Mungkin disebabkan hukuman ini lahir daripada neraca pemikiran manusia yang nisbi dan relatif, jadi tidak menepati fitrah kemanusiaan manusia yang tidak dicipta oleh manusia; tetapi oleh “Tuhan” kepada manusia iaitu Allah SWT.

Saya melihat, jika benar pihak kerajaan dan msyarakat Malaysia termasuk pihak KPN sendiri ingin menangani gejala ini, kita seharusnya mengenal pasti “akar masalah” pada permasalahan ini. Pengenalpastian dan penanganan masalah ini secara tepat dan berhikmah pasti menelurkan natijah yang terbaik lagi sahih.

Bagi saya, “akar masalah” bagi gejala sosial ialah kurangnya didikan agama oleh semua pihak berwajib dan kita secara rendah diri termasuk JAKIM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), badan-badan dakwah (NGO), dan parti-parti politik (merujuk kepada UMNO dan PAS yang majoriti terdiri oleh masyarakat Islam) seharusnya menggembeleng tenaga dalam mendekati masyarakat awam melalui pendekatan beragama (Islam).


Selain itu, saya melihat sudah sampai masanya untuk Malaysia memperkenalkan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang alternatif selain masih menggunakan Hukum Kanun Jenayah yang sedia ada. Dengan erti kata lain, Malaysia seharusnya berani mencuba dalam melaksanakan dwi-undang-undang Jenayah (Sivil dan Syariah Islamiyyah yang syumul) demi kepentingan setiap rakyat Malaysia dewasa ini.


Mungkin melalui pendekatan ini, masyarakat Malaysia yang diketahui umum terdiri daripada pelbagai rumpun kepercayaan, etnik dan budaya ini tidak terkejut (culture shock) dengan penerapan Islam sahih oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya alternatif atau pelaksanaan dwi-Peraturan ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan Turki sejak 1996; yang diketahui umum bahawa kondisi negara tersebut dihimpit oleh pelbagai batasan dogma sekular. Sesuatu yang menarik, bukan sahaja majoriti umat Islam memilih undang-undang alternatif ini (Syariah Islamiyyah), malah masyarakat bukan Islam turut cenderung pada Undang-Undang Islam.

Realiti ini melambangkan bahawa rata-rata rakyat Turki yang plural ini sudah melihat sendiri kebolehupayaan undang-undang alternatif ini (Syariah Islamiyyah) dalam membentuk jatidiri masyarakat Turki dan memelihara setiap nyawa rakyat Turki.

Semoga, semua pihak menilai perkara ini. Penyelesaian terbaik ialah melihat kepada “akar masalah” dalam satu-satu gejala, bukan menangani “natijah” masalah yang hanya meninggalkan impak sementara atau tidak kekal lama.

Tuesday, June 8, 2010

~JoM SerTai KeM BiNa InSaN~


berminat: sila klik sini

Saturday, May 29, 2010

Seminar Sinergi Keluarga Bahagia di Pulau Pinang

Mengendalikan keperluan kerjaya dan rumahtangga merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh kita semua. Sama ada di peringkat mencukupkan keperluan asas, hingga ke peringkat kepakaran kita yang diperlukan oleh orang ramai, kesemuanya menyumbang kepada perebutan masa, fizikal, minda, emosi malah spiritual individu. Sebahagian manusia beralah dan mula mempercayai bahawa mereka perlu memilih salah satu daripada keduanya. Mustahil untuk kerjaya dan rumahtangga mampu berjalan seiringan.

Daku mengisi masa cutiku menghadiri seminar-seminar yang boleh membentuk jatidiriku sambil menyiapkan perancangan pada hari kemudian. Malu pun timbul tapi aku abaikan demi menuntut setitis ilmu dari ilmu-ilmu ALLAH.Akan aku cuba adaptasikan ia menjadi
SINERGI KELUARGA BAHAGIA---->SINERGI ORGANISASI BAHAGIA..

Terima Kasih Ustaz Hasrizal(Abu Saif) dan krew.... Pelbagai input yang menarik dan pelbagai variasinya... Moga SKB ini dikembangkan di dalam semua peringkat dan dapat memperbetulkan enterepsi organisasi keluarga pada hari ini.. Pada diluar sana ..sertailah SKB jika diberi ruang dan peluang ..InsyaALLAH cuba sekali nak lagi.. Wahuaalam... -Yang Fakir-

Wednesday, May 12, 2010

~Jelajah 2010: Di INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN (FRIM)~




Assalamualaikum wbt,

Pada 3 Mac 2010, Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya memberi peluang berjalan-jalan menikmati keindahanNya yang bersifat sementara..

Antaranya FRIM menjadi destinasi.. rombongan terdiri kawan-kawan sekelas Bahasa Mandarin termasuk "foreigner student"..


Sebagai kenang-kenangan..
bersama 'foreigner student' dan pensyarah Bahasa Mandarin


Untuk pengetahuan ,Muzium FRIM bermula sejarahnya sebagai paparan mudah kayu dan hasil hutan-berkaitan lain di ibu pejabat Jabatan Perhutanan di Mahkamah Hill di Kuala Lumpur, pada akhir abad kesembilan belas. Ketika FRIM ditubuhkan, ini adalah salah satu bahagian pertama yang berpindah ke Kepong.

Hal ini perlahan-lahan telah ditingkatkan selama bertahun-tahun menjadi sebuah paparan dinamik memberikan wawasan tentang ekosistem hutan negara, dengan menggunakan bervariasi dari kayu dan hasil hutan lain dalam kehidupan manusia sehari-hari. Beberapa artifak yang beredar dipaparkan contoh pengerjaan, sementara yang lain berbicara tentang usia ketika laki-laki harus memanfaatkan inovatif dari setiap bahan yang sedia untuk hidup lebih cekap.

Muzium ini juga memperkenalkan pengunjung ke beberapa fakta biologi yang menarik dan proses-proses hutan tropika. Pengunjung juga boleh melihat bagaimana teknologi moden boleh kerajinan dan mengungkapkan keindahan kayu, salah satu bahan tertua yang digunakan oleh manusia.


Akhir kalam, mengambil sehari berjalan-jalan menenangkan fikiran amat terasa nikmatnya selepas berhempas pulas berusaha menghadapi Final Exam... Sungguh indah ciptaan Ilahi..

Monday, May 3, 2010

~GAMBAR HARI INI - 4 MEI 2010~




Hendak seribu daya,tidak nak seribu alasan


Lihat betul-betul berapa titik hitam yang anda lihat


"Barangsiapa yang bersungguh-sungguh ia akan dapat jalannya"
Abang tumpang boleh...



Cuba teka berapa ekor kuda yang terdapat dalam gambar ini??

Monday, April 26, 2010

~GAMBAR HARI INI - 27 APRIL 2010~




Islam datang bukan untuk melarang tetapi untuk mengawal..
nak beriadah boleh selagi mana tak langgar syarak
gambar diatas di satu tempat di China..
Moga istiqamah melahirkan serikandi-serikandi Islam. Amin


mengoptimumkan penggunaan satu alat..mungkin prof ni terdesak agaknya

Sesunguhnya kejayaan tidak datang bergolek.
Kalau Tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Kesusahan hari ini untuk kesenangan hari kemudian.


ALLAH..
muka manusia pada sebatang pokok.
Wahuaalam..


kombinasi yang mantap..kalau berani datang la..

Friday, April 23, 2010

~EDISI PERANG 1:PERANG UHUD~


Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke 3 hijrah/ 26 Mac 625 masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW. Pasukan musyrikin Mekah berjumlah 3 ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan dari beberapa kabilah Arab antaranya Kinanah dan Tihamah. Pasukan muslimin pada mulanya berjumlah 1 ribu orang tetapi pada saat akhir Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Dengan itu jumlah sebenar pasukan muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud 700 orang sahaja.

Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira 6 kilometer dari Masjid Nabawi. Di namakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung tersebut tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah.



Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu pasukan muslimin mengalami kekalahan dimana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan Cuma 23 orang sahaja yang terbunuh. Antara yang syahid ialah Hamzah bin Abdul Mutalib. Rasulullah sendiri mengalami luka-luka di bahagian muka dan gigi beliau patah.

Kekalahan tentera Muslimin adalah kerana mereka melanggar arahan.

Muslimin mengejar musuh sampai mereka meletakkan senjata di mana saja asal jauh dari bekas markas mereka. Kaum Muslimin lantas mulai memperebutkan rampasan perang. Alangkah banyaknya jumlah rampasan perang itu! Hal ini membuat mereka lupa mengikuti terus jejak musuh, kerana sudah mengharapkan kekayaan duniawi.


Mereka ini ternyata dilihat oleh pasukan pemanah yang diperintahkan oleh Rasul agar jangan meninggalkan tempat di gunung itu, sekalipun mereka melihat kawan-kawannya diserang.

Dengan tak dapat menahan air liur melihat rampasan perang itu, kepada satu sama lain mereka berkata:

"Kenapa kita masih tinggal disini juga dengan tidak ada apa-apa. Tuhan telah menghancurkan musuh kita. Mereka, saudara-saudara kita itu, sudah merebut markas musuh. Kesanalah juga kita, ikut mengambil rampasan itu."


Yang seorang lagi tentu menjawab:

"Bukankah Rasulullah sudah berpesan jangan meninggalkan tempat kita ini? Sekalipun kami diserang janganlah kami dibantu."


Lalu mereka berselisih. Ketika itu juga tampil Abdullah bin Jubair berpidato agar jangan mereka itu melanggar perintah Rasul. Tetapi sebahagian besar tidak patuh. Mereka berangkat juga. Yang masih tinggal hanya beberapa orang saja, tidak sampai sepuluh orang. Seperti kesibukan Muslimin yang lain, mereka yang ikut bergegas itu pun sibuk pula dengan harta rampasan.

Peritiwa Uhud mengajar kita agar memberi wala' (kepatuhan)kepada kepimpinan.


Gunung Uhud merupakan gunung yang bersejarah bagi orang Islam kerana disinilah bersemadinya 71 orang syuhada termasuk Hamzah bin Abdul Mutalib. Menurut satu riwayat, di situ juga kubur Nabi Harun saudara kandung Nabi Musa.


Sesiapa yang pernah melawat Gunung Uhud jika diperhatikan betul-betul kedudukannya agak serong sedikit dan itu ada kaitannya dengan sejarah Perang Uhud.

Ketika para syuhada hendak dikebumikan agak jauh sedikit dari Gunung Uhud, maka Gunung Uhud bergerak untuk mengikut mengiringi jenazah tersebut tetapi baginda RAsulullah SAW melarang Gunung Uhud dari berubah tempatnya. Kerana itu Gunung Uhud sedikit condong dari kedudukan asalnya.

Setiap kali Rasulullah SAW melalui Gunung Uhud, baginda akan berkata kepada para sahabat, "Lihatlah Gunung Uhud ini, dia mencintai aku dan aku mencintai dia."

Lebih banyak di:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Uhud

Wednesday, April 21, 2010

Gambar hari ini:Lubang ajaib di dunia (22.04.2010)

Lubang ajaib di dunia…

Keajaiban lubang besar di muka bumi, lihat gambar-gambar berikut……

Tambang Berlian Mirny di Siberia (Gambar diambil diatas helikopter)

Diameter = 525 meter

Kedalaman = 1200 meter



Lubang Besar Kimberley di Afrika Selatan

Kedalaman = 1097 meter



Lubang Glory Monticello Dam

Mengkonsumsi 14400 Kubik Air Per detiknya




Tambang Bingham Canyon Di Utah

Lubang Biru Besar di Belize


Tambang Diavik di Canada

Guatemala City


Penghuni di Guatemala City suatu saat pernah mendengar gemuruh aneh selama berminggu-minggu tapi tidak yakin apa yang sebenarnya sedang terjadi di sekitar mereka. Kemudian pada akhir bulan Februari 2007, bumi tempat mereka berpijak tiba-tiba ambles ke bumi! Sebuah lubang yang hampir berbentuk lingkaran sempurna tercipta seketika dengan membawa serta semua yang ada diatasnya termasuk sekitar 1000-an manusia yang kemudia berhasil dievakuasi. Dua diantaranya mati. Bencana ini dikatakan disebabkan oleh runtuhnya sistem pengairan yang berada di bawah permukaan tanah.

Mungkinkah berlakunya lubang ajaib boleh dikatakan gempa bumi dan ini bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad SAW tentang tanda-tanda kecil hari kiamat yang berbunyi:

"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari-

Oleh itu,wahai sahabatku..Siapkanlah dirimu wahai sahabat-sahabat menghadapi hari kemudian. Sentiasa mengkorupsi diri .. Tepuk dada tanya iman jangan aiman..ya......Sekian wahuallam. :-)

lebih banyak

video :http://www.youtube.com/watch?v=BmTxr70NIuQ

http://www.youtube.com/watch?v=b7ox3OkKbrQ

http://www.youtube.com/watch?v=0CDo9uNjFIk

~Yang Fakir~

~GAMBAR HARI INI - 21 APRIL 2010~

Assalamualaikum WBT. Salam mawardah..salam perkenalan.. sebagai sedikit halwa mata ya..lihatlah.....

Berapakah tiang yang ada ? 2 atau 3


berputarkah gambar diatas?? TIDAK . lihat salah satu lingkaran saja.



Subhanaallah,nama ALLAH tertera pada badan ikan


Adakah gambar ini berdenyut - denyut ?

Apakah binatang ini? Kura-kura.. Wahuaallam..