Monday, August 19, 2013

Ya Hanana-(acapella version)



Layan Lagu yang mengasyikkan..
Mengisi jiwa dengan hiburan yang menurut syarie supaya jiwa dibangun dengan sifat-sifat mulia..
Ayuh jom berqasidah...

Saturday, September 8, 2012

Rahsia Kelebihan Solat Sunat Tahajjud

"Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkungan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.

Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi
Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap yang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (Surah Hud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpa.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.

dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan? Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa.

Kredit : www.halaqah-online.com

Saturday, March 17, 2012

Sidang Media Pro~M : Isu Tarikh Pilihanraya Kampus (Part 3/3)

Sidang Media Pro~M : Isu Tarikh Pilihanraya Kampus (Part 2/3)

Sidang Media Pro~M : Isu Tarikh Pilihanraya Kampus (Part 1/3)

BERJALAN TANPA HENTI.. TeRiMAlAH...

Monday, October 31, 2011

Fasha Sanda bertudung bila ke Negeri Kelantan


Kongsi504
BAGI anda yang ingin melihat artis wanita Malaysia yang selama ini "free hair" tiba-tiba bertudung, di Negeri Kelantan lah tempatnya. Difahamkan, kebanyakan artis wanita akan bertudung jika ke Negeri Kelantan.

Baru-baru ini semasa program Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 di Negeri Kelantan, menyaksikan ramai artis dan selebriti Malaysia memakai tudung. Fasha Sanda antara artis yang dilihat bertudung.


Kerajaan Negeri Kelantan yang mentadbir negeri serambi Mekah itu dengan konsep "membangun bersama Islam" melarang wanita mendedahkan aurat di tempat awam.

Malah iklan-iklan di papan tanda "billboard" seluruh Negeri Kelantan hanya meluluskan paparan iklan dengan gambar wanita bertudung sahaja. Iklan dengan paparan yang mengekploitasikan wanita mendedahkan aurat tidak akan diluluskan.




source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/fasha-sanda-bertudung-bila-ke-negeri.html#ixzz1cMNPDTTk

Saturday, October 29, 2011

Sekitar Kemenangan Parti Islam Ennahda Di Tunisia


Luar Negara

Alhamdulillah..Umat Islam Tunisia berasa puas sekarang setelah parti islam Tunisia telah memenangi pilihanraya negara itu baru-baru ini.Kita sudah ketahui bahawasanya Tunisia sebelum ini diperintah oleh seorang pemimpin korup dan sekular seperti Umno@apco.Kini rakyat Tunisia patut bersyukur kerana syiar islam akan tertegak dibumi mereka insyallah.



Parti Islam Tunisia iaitu Parti Nahdhoh dilaporkan telah memenangi pilihanraya negara itu baru-baru ini. Alhamdulillah dengan kemenangan ini,Ia akan membuka ruang kemenangan kepada parti-parti islam diseluruh dunia setelah selama ini dipadamkan kemenangan oleh penipuan-penipuan pilihanraya yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti sekular yang memerintah negara.

Dengan kemenangan parti islam ini mungkin akan memberi kemenangan kepada parti-parti islam di negara lain seperti parti ikhwanul muslimin mesir dan Parti Islam Semalaysia yang masing-masing akan menjalani pilihanraya dalam masa terdekat ini..Insyallah..

Allahuakbar..........







Tu.. celup dakwat.. SPR bila lagi??

Friday, October 28, 2011

Wajah lelaki yang menyerang kereta team Jingga 13! source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/wajah-lelaki-yang-menyerang-kereta-team.html#ixzz1c4n

DALAM artikel lalu di MiLo SuaM, telah didedahkan bagaimana team Jingga 13 dan wartawan TV Selangor telah diserang oleh sekumpulan samseng di sebuah Resort sewaktu tinjauan terhadap dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing rujuk sini [Jingga 13 diserang].

Tinjauan di portal berita TV Selangor mengesahkan cerita tersebut. Di bawah ini printscreen dari [TV Selangor]. Portal berita itu turut menyiarkan gambar lelaki yang menyerang kami.


Di bawah ini pula laporan berita TV Selangor terhadap serangan tersebut dalam versi video. Pelik tapi benar, ada juga kursus keusahawanan untuk warga asing. Tambah menghairankan siap guna samseng sebagai "Security Guard".



Sehingga sekarang kami masih "blur", apa salah kami sehingga diserang sebegitu rupa di sebuah kawasan awam. Kami memasuki kawasan resort yang lazimnya menjadi tempat orang ramai untuk menyewa bilik. Tetapi diserang oleh sekumpulan samsen


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/tv-selangor-sahkan-wartawannya-diserang.html#ixzz1c4nTVncS

Thursday, October 27, 2011

Peduli Akhirat | Ustaz Yusaini

dua isu mengikut kupasan Qaradhawi yang ada kaitan dengan Himpun.

Wednesday, October 26, 2011

Wacana Sinar-Hudud: Dilema dan Pelaksanaannya [bhg3]

Wacana Sinar-Hudud: Dilema dan Pelaksanaannya [bhg2]

Wacana Sinar-Hudud: Dilema dan Pelaksanaannya [bhg1]

MENJAWAB ZUL NORDIN TENTANG HUDUD (Ustaz Wan JI)

'Gua Ikut Enta' part 2

'Gua Ikut Enta' Part 1

kemenangan Parti An Nahdah

Berikutan kemenangan Parti An Nahdah dalam pilihanraya Tunisia beberapa hari lepas,bersyukur kepada Allah SWT diatas kurniaan kemenangan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh Sheikh Dr Rashid Ghanusi. Sebenarnya An Nahdah penah memenangi pilihanraya Tunisia beberapa tahun lalu dengan majoriti yang besar, tetapi kemenangan ini dinafikan dan Parti An Nahdah diharamkan, pemimpinnya dipenjara dan sebahagiannya terpaksa berhijrah keluar negara seperti Dr Rashid Ghanusi sendiri. Kita berharap kemenangan ini diterima oleh masyarakt antarabangsa walaupun ia dimenangi oleh Parti Islam.


BERJALAN TANPA HENTI.. TeRiMAlAH...

Monday, October 24, 2011

Ujian perlanggaran paling pantas di dunia!


INI merupakan gambaran saat genting di mana sebuah Ford Focus menghentam sebuah dinding konkrit pada kelajuan 120 mph (192km/j) di dalam satu ujian pelanggaran paling pantas di dunia.



Pakar keselamatan lazimnya melakukan ujian pelanggaran hanya pada kelajuan 40 mph (64 km/j) di dalam menentukan tahap keselamatan sebuah produksi kereta.

Namun begitu kita tertanya-tanya apakah akan terjadi jika perlanggaran berdepan (head-on) berlaku pada kelajuan tiga kali ganda kelajuan lazim yang digunakan di dalam penentuan tahap keselamatan sebuah kereta.

Hal ini membawa kepada satu ujian perlanggaran paling pantas di dalam sejarah dunia. Ford Focus ini berubah kelajuan daripada 120 mph kepada 0 mph dalam sela masa 60 mili saat dan akibatnya...



Sebuah besi buruk yang tidak dikenali lagi rupa asalnya. Bayangkan jika anda berada di dalam kereta ini. Saksikan video ekslusif ujian perlanggaran terpantas di dunia ini


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/ujian-perlanggaran-paling-pantas-di.html#ixzz1biVbe5JV